
PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MULAKAN BISNES MOBILE SPA . CIK SARAH ========= Nama saya Sarah, berumur 23 tahun. Saya merupakan mahasiswi di sebuah universiti awam. Saya akan ceritakan bagaimana saya memulakan bisnes mobile spa pada dua tahun lalu. Waktu itu, saya sedang mencari peluang pekerjaan sementara menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. . Sejujurnya, saya teringin nak buat bisnes sejak zaman sekolah lagi. Apatahlagi kawan-kawan seusia saya ramai yang sudah menceburi bidang ini. Cuma saya tak berani nak mula sebab saya rasa masih kurang bersedia untuk memulakan apa-apa jenis bisnes. Takut saya tak pandai nak handle commitment yang ada. Apabila saya dah habis diploma, sememangnya saya ada masa terluang yang sangat banyak. Jadi saya rasa sebaiknya saya manfaatkan masa yang ada. . Oleh itu, saya cuba juga risik-risik pada kawan-kawan dan saudara mara kalau-kalau mereka tahu bisnes yang mungkin boleh beri pel...